Wednesday, October 26, 2011

Bibir yang ku sentuh


bab 1


JULIANA, masih berdiam di atas katil. Sekali sekala dia memusingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan. Tidak selesa dengan perbaringan yang agak keras dan kurang selesa. Matanya masih lagi tidak terlelap, sibuk memikirkan temuduga yang akan dijalaninya pada esok hari. Memandang siling yang kosong, menambahkan lagi tekanan ke atas dirinya. Dia bingkas bangun. Lalu meluru ke arah meja solek yang ada di hadapan katilnya. Laci meja ditarik laju, sebuah fail biru berbunga kecil dikelurkan dari perut laci. Juliana menatap fail itu dengan agak lama. Perlahan-lahan, dia menyelak sehelai demi sehelai lembaran fail itu. Tiada satu yang memberangsangkan jiwanya. Dia kembali menutup fail biru itu lantas dicampakkan ke atas katil yang kosong tadi. Jiwanya semakin kacau.
“Aleh kau ni pun, temuduga setiausaha je. Bukannya temuduga nak jadi bini bos. Apalah yang kau nak takut sangat Cik Juli oii,”Nadirah menggeleng perlahan. Dia yang sememangnya tidak faham dengan sikap kelam kabut dan risau tak mengena tempat sahabatnya itu, benar-benar pelik. Nadirah menarik lengan Juliana yang sedang menggigit kuku jari, tak semena-mena gadis itu terikut untuk duduk sama bersama Nadirah yang sudah berada di atas sofa.
“Bukan kau ke dulu yang beriya-iya nak berkerja di syarikat besar. Kata kau, nak tolong mak kau, nak tolong adik-adik kau. Ha, sekarang bila dah dapat. Kau menggigil pulak tak mahu pergi. Apa masalah kau ni sebenarnya?”Nadirah inginkan kepastian.
“Kau pun tahu kan Irah, aku ni darah gemuruh,” Juliana runsing.
“Darah gemuruh je. Dah tu? Kau nak sia-siakan apa yang kau dah usahakan lah ni?”Nadirah meninggikan suara.  Juliana semakin teruja pula menggigit kuku jarinya. Nadirah yang tidak senang melihat telatah sahabatnya itu, terus menarik tangan gadis itu dari terus menggigit kuku yang hampir kontot.
“Pengotorlah kau ni.”
“Aku takut.”
“Takut apa?”
“Ntahlah. Aku aku takut segala-galanya.”
“Ya Allah, Juli. Kau nak pergi temuduga je tau. Bukan nak buat benda tak baik. Bukan nak kena pergi jawab siasatan polis. Sudahlah, jangan fikir-fikir sangat. Dari kau terus takut tak tentu pasal ni, lebih baik kau pergi ambil air sembahnyang. Kau solat.”
Juliana teringat, ya, dia masih belum solat lagi. kerana terlalu banyak berfikir. Dia lupa untuk menunaikan perkara yang wajib. Memang benar kata Nadirah, kalau dia terlalu memikirkan benda yang belum terjadi, pasti dia akan jadi gila.
Juliana terus lantas bangun dan berjalan ke bilik air. Pili air dibuka, tangan ditadah, sementara mulutnya terus membaca doa, dan hatinya membaca niat.

Buat sajalah apa yang kau boleh buat Juli. Yang penting, kau lepas. Bisik hatinya sebelum matanya cuba untuk beradu.

“Nak aku hantarkan ke?” Nadirah bertanya. Juliana yang sudah siap berbaju kurung dan bertudung, masih lagi bercelak nipis. Dia mengambil lipsice yang ada di dalam beg sandangnya lalu dicalit ke bibir kecilnya. Soalan Nadirah masih juga belum berjawab.
“Tak susahkan kau ke?” Juliana menjawab soalan Nadirah dengan soalan yang lain. Nadirah hanya tersengih dan menggeleng panjang.
“Betul?” Jualiana sengaja menyoal lagi. mahukan kepastian yang pasti
“Iya, kalau aku ni nak cepat sangat, aku dah tak ada masa nak menyoal kau macam ni,” Nadirah mencapai beg tangan yang ada di atas meja. Dia berjalan ke tepi Juliana. Memandang wajah bujur sireh yang manis dan ayu itu.
“Tak mahu sarapan dulu?”
“Sempat ke?” Nadirah menyoal
“Aku fikir sempat kut.”
“Kut la pulak,” Nadirah sudah berada di depan pintu. Kasut tinggi yang terletak di rak kasut diambil dan disarungkan ke kedua belah kakinya. Juliana menyusur Nadirah dari belakang. Dia juga mengambil kasut yang ada di dalam rak lalu disarungkan ke kaki. Tanpa membuang masa, mereka sudah berada di dalam perut kereta dan menyusur laju ke jalan besar yang membawa mereka ke kota Kuala Lumpur.
***
Kereta mereka singgah di gerai mamak yang ada di depan banggunan, tempat Juliana mahu ditemuduga. Mereka jalan beriringan menuju ke gerai mamak. Dengan mengambil tempat di bahagian luar, mereka terus memanggil seorang lelaki pakistan yang berdiri di tepi kaunter. Lelaki pakistan itu berlari-lari mendapatkan mereka yang sudah melabuhkan punggung.
“Nak apa, cik?” tanya lelaki pakistan itu.
“Saya nak teh tarik satu...err kau, Juli?” Nadirah memandang Juliana yang sedari tadi memandang banggunan tinggi yang ada di seberang jalan. Dia seakan melamun, tangannya kelihatan menggigil. Nadirah cuma menggeleng melihat gelagat sahabatnya yang tidak sudah-sudah itu. lengan gebu itu dicubit perlahan, tersentak Juliana bila dia diperlakukan begitu.
“Apa masalah kau ni?” Juliana menggerang sakit.
“Kau tu yang ada masalah, bukan aku,” Nadirah selamba tersengih. Lelaki pakistan yang masih menunggu order juga tersengih melihat gelagat dua sahabat itu. dia tetap juga setia menunggu kedua gadis itu untuk membuat order.
“Cepatlah order,”Nadirah menyuruh. Juliana memandang lelaki pakistan yang masih memegang nota. Dia juga tersenyum simpul, malu kerana dirinya diperhatikan.
Sorry ya, saya nak teh tarik satu, nasi lemak satu,”selesai mencatit apa yang dipesan, lelaki pakistan itu terus berlalu ke dalam kedai. Menyampaikan pesanan yang telah diorder. Selang beberapa minit, lelaki pakistan yang tadinya mengambil order datang membawa pesanan yang diminta. Mereka mengucapkan terima kasih sementara tangan Nadirah sudah menyuakan gelas teh ke bibir. Dia menghirupnya tanpa meniup. Air teh yang masuk ke dalam mulut terasa bahangnya. Dia menepuk bibirnya sendiri.
“Itulah, gelojoh lagi,” Juliana tertawa kecil.
“Bila pulak aku gelojoh,” Nadirah meletakkan gelas teh tadi di atas meja. Tanpa membuang masa, roti canai banjir yang ada di depannya disuapkan ke mulut. Nikmat benar rasanya kuah dal yang disimbah ke atas roti yang panas. Dia tersenyum sendiri.
Selesai menjamu selera, Juliana dan Nadirah terus berjalan menuju ke banggunan tinggi yang ada di seberang jalan. Nadirah menepuk-nepuk bahu Juliana yang sedikit gentar. Perasaan takut dan risaunya masih lagi belum hilang. Dia sendiri tidak tahu, mengapa dia begitu takut untuk menjalani temuduga itu. sedangkan, ini bukanlah pertama kali dia menjalani temuduga yang serupa itu. Rasanya, kalau hendak dikira dari habisnya peperiksaan tahun akhir di Universiti, ini adalah merupakan kali ke empat dia menjalani temuduga yang seperti itu. Temuduga kali pertama ketika dia masih lagi menetap di kampung, dia menemui kegagalan kerana dikatakan masih belum bersedia. Kali keduanya pula ketika dia sudah menetap bersama Nadirah. Hasil dari bantuan sahabatnya itu, dia menjalani temuduga di sebuah syarikat kontraktor yang ada di Subang Jaya. Malangnya, rezeki tidak memihak kepada dirinya, dan dia menemui kegagalan bagi kali yang kedua. Masuk pada kali yang ketiga, dia mengambil keputusan untuk mencari kerja yang disukainya sendiri, dan dia dipanggil untuk menjalani temuduga di sebuah syarikat induk antarabangsa yang bertempat di Putrajaya. Malangnya, nasib lansung tidak menyebelahinya, dan dia masih menganggur sehingglah ke hari ini. Dan kali ini, dia sudah bertekad untuk berjaya. Dia tidak mahu lagi mendengar perkataan ‘tidak bersedia’ dari mulut majikan yang bakal ditemunya. Dia bosan, dan dia sudah muak. Baginya, kalau hal ini akan berterusan begini, maka perasaan putus asa itu pasti akan memakan dirinya. Dia tidak mahu begitu.
“Kau okey tak ni?” Nadirah memandang wajahnya dengan hati yang sedikit gusar. Dia takut sahabatnya itu akan lari sebelum sempat ditemuduga. Seperti yang terjadi ketika kedua kali ditemuduga. Bahu lembut itu disentuh perlahan. Juliana membalas sentuhan itu dengan senyum yang tidak pasti.
“Aku okey,” Juliana mula melangkah pergi. Langkahnya nampak canggung benar. Nadirah yang sudah berpeluh dingin, hanya mampu melambai tangan. “Aku tunggu kau dekat sini okey,” Nadirah cuba untuk menyedapkan hati temannya itu. Juliana terus melangkah dan masuk terus ke dalam perut banggunan yang serba mewah itu. kakinya melekat di situ. Matanya yang bulat melilau mencari tempat yang seharusnya ditujui. Dia mati akal. Tidak tahu untuk bertanya kepada siapa. Seorang pengawal yang sedari tadi memerhatikan kecanggungngan Juliana, terus berjalan ke arah gadis itu. Juliana ditegur sopan sehingga menyebabkan Juliana terkejut besar.
“Boleh saya bantu?” tanya pengawal yang sudah berusia itu.
“Ha...oh, saya nak cari Syarikat Putra Holdings...err, tp saya tak pasti yang belah mana. Belah kanan ke atau belah kiri.”
“Oh Syarikat Putra Holdings. Kalau begitu cik naik lif di sebelah kanan, terus ke tingkat 12. Ha, aras tulah aras syarikat yang cik cari tu,” pengawal itu memberitahu. Juliana menggangguk faham, tanpa membuang masa, dia meminta diri dari pengawal itu dan terus menaiki lif yang sedia terbuka. Nombor 12 dicari dan ditekan. Takkala pintu lif mahu tertutup, sepasang tangan mula menahan dan pintu lif terbuka semula. Kelihatan seorang lelaki dalam lingkungan 30 an melangkah masuk ke dalam perut lif. Lelaki itu yang segak dalam baju kot hitamnya lansung berpaling memandang nombor lif yang ingin ditekan. Tetapi tidak jadi, kerana nombor yang ditekan Juliana sama arasnya dengan nombor yang ingin ditekannya. Lelaki itu lansung tidak berpaling ke arahnya. Dia hanya tegak berdiri seperti tentera yang mengadap sultan. Juliana yang berada di belakangnya juga lansung tidak menghiraukan situasi itu. Dia juga berdiam seperti batu, sehinggalah terasa gegaran yang tidak disangka-sangka ketika mereka berada di tingkat 7. Lif tiba-tiba berhenti. Juliana mulai panik. Begitu juga lelaki yang berada dihadapannya. Lelaki itu tanpa membuang masa, terus sahaja menekan butang kecemasan yang ada dibahagian bawah punat-punat butang nombor lif yang ada.
“Hello...ada orang tak?” tanya lelaki itu beberapa kali.
“Hello...maaf, tadi ada gegaran gempa bumi kecil. Humm..boleh saya tahu siapa yang bercakap tu?” Juliana yang mendengarkan perkataan gempa bumi itu terus berasa sesak nafas. Mukanya mula penuh dihujani peluh yang menitis. Dadanya terasa turun naik, jantungnya berdegup agak laju. Dia sudah mula berasa risau. Kerisauannya itu jelas terpancar di setiap inci tubuh badannya. Terhenjut-henjut dia menahan rasa sesak yang semakin menjadi-jadi. Patutkah dia pengsan? Dia tidak tenang memikirkannya.
“Saya Putra...humm. ada masalah teruk ke di luar sana?” suara lelaki itu juga kedengaran cemas bila mendengarkan perkabaran itu. Juliana sudah terduduk di atas lantai, mukanya bagaikan hilang darah. Pucat lesi kerana takut yang amat sangat. Tiba-tiba dia merasakan ruang lif itu begitu sempit. Matanya mula turun naik memerhatikan ruang yang seakan-akan mengecil dengan tiba-tiba. Dia dengan kuatnya terus memeluk fail dan beg sandang. Jantungnya masih pantas berdegup.
“Ohh, Tuan Putra. Tuan Putra seorang sajakah yang ada di dalam tu?” tanya suara itu lagi.
“Eh, tak. Ada seorang lagi di dalam lif ni.”
“Lelaki ke peremuan?” suara itu bertanya lagi. Kali ini, lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Putra itu pula berasa hairan. Mengapa soalannya begitu pelik sekali, fikirnya pelik.
“Perempuan,” Tuan Putra menyudahkan jawapannya dengan memandang Juliana yang sudah pengsan di atas lantai. Terbeliak matanya melihat gadis itu terbaring tanpa bunyi di belakangnya. Cepat-cepat dia mendapatkan Juliana dan memangkunya diriba. Kedua belah pipi gadis itu ditepuk perlahan berkali-kali. Wajahnya mula menjadi semakin kaget bila Juliana lansung tidak sedarkan diri. Ditekapkan telinganya menyentuh dada Juliana, bunyi jantung gadis itu berdegup pantas. Tuan Putra sudah hilang punca. Dia lansung tidak tahu apa yang harus dilakukannya.
“Tuan Putra, Tuan Putra okey tak?” suara itu bertanya lagi.
“Ya, saya okey. Tapi yang tak okeynya sekarang, perempuan tadi dah jatuh pengsan,” Tuan Putra bersuara risau.
“Haah, pengsan?...err, dah cuba bagi bantuan kecemasan?” suara itu juga kedengaran risau.
“Apa maksud awak bantuan kecemasan?” Tuan Putra sedikit terperanjat.
“Maksud saya...err... yang itulah...” suara itu agak malu menyampaikan niat yang sebenarnya. Tuan Putra menggaru kepala yang tidak gatal. Kepala Juliana diletakkan di atas kot yang sudah ditanggalkan. Juliana masih lagi terbaring tanpa sedarkan diri. Dia masih lagi menggaru kepala yang tidak gatal.
“Apa saya nak buat ni?” tanya Tuan Putra lagi.
“Cuba Tuan Putra tekan dada dia dengan kedua tapak tangan, tuan,”
Tanpa membuang masa, Tuan Putra terus menekap kedua belah tapak tangannya di antara dua gunung yang subur itu. Dia sudah tidak berasa segan lagi untuk melakukannya, kerana baginya, dia tidak mahu melihat ada kematian mengejut di depannya. Dengan selang kiraan lapan, Tuan Putra menekan dada Juliana beberapa kali. Malangnya Juliana lansung tidak juga sedar. Gayanya seperti patung yang terlantar tanpa nyawa. Tuan Putra mulai buntu.
“Tuan Putra, saya rasa...tuan kena bagi bantuan pernafasanlah,” suara itu memberi pendapat yang lain. Mendengarkan kata-kata suara itu, Tuan Putra mula terperanjat besar. Masakan dia akan melekapkan bibirnya ke bibir gadis itu. Tidak mungkin. Gadis itu bukan muhrimnya. Tapi keadaan sekarang memaksa untuk dia melakukannya. Dia harus...tidak, dia wajib untuk melakukannya, itupun kalau dia mahu melihat gadis itu terus hidup di muka bumi ini. Tapi, apa pandangan orang nanti ke atas dirinya. Apa pandangan gadis ini sendiri ke atas dirinya, pasti dia akan dituduh cabul dengan niat, sedangkan dia lansung tiada niat. Tuan Putra mula berkira-kira. Nafas Juliana semakin perlahan.
“Tuan Putra, sudah ke?” suara itu menyoal.
Dengan gaya yang teragak-agak, Tuan Putra terus melekapkan bibirnya ke bibir Juliana. Dia cuba untuk menghembus beberapa kali, sehinggalah nafas Juliana kembali stabil. Perlahan-lahan, Juliana menggerakkan kepalanya yang agak berat. Tuan Putra sedikit gembira melihat reaksi yang ditunjukkan oleh gadis itu. Wajahnya masih lagi menatap wajah Juliana yang seakan bingung dengan apa yang terjadi. Muka sudah bertembung muka, ketika itulah, baru Tuan Putra perasan, yang gadis di depannya itu mempunyai raut wajah yang amat manis dan cantik sekali. Keningnya tidak begitu nipis, dan matanya tidak begitu bundar. Bibirnya kecil dan kelihatan merah sahaja. Tuan Putra tersenyum sendiri. Cantik juga, bisik hatinya.
“Apa dah jadi ni?” Juliana menyoal agak lemah.
“Ntah, saya pun tak pasti. Rasanya awak tidur kut tadi.”
“Tidur,” Juliana terperanjat. Sepantas kilat dia bangun dan meluru ke arah pintu lif dengan gaya yang kelam kabut. Pintu lif diketuk berulang kali. Dia sudah mula mahu menangis.
“Tolong saya, tolong saya. Saya tak mahu tersangkut di sini. Saya ada temuduga, tolonglah saya. Temuduga ni sajalah yang saya harapkan. Temuduga inilah masa depan saya.”Juliana menjerit sekuat hati. Tuan Putra yang agak terperanjat dengan sikap Juliana yang kelam kabut itu, lansung tidak menyangka yang wajahnya tidak sealir sifatnya. Lembut dan cantik tetapi kelam kabut. Dia mula tersengih sendiri.
“Eh, cik tu dah terjaga ke tuan?” suara tadi bertanya kuat.
“Encik...encik...tolonglah saya. Bila pintu ni nak terbuka?” Juliana mula bertanya dengan bertubi-tubi. Tiada ruang lansung untuk Tuan Putra mencelah, begitu juga suara yang bertanya tadi.
“Sabar cik, sabar. Kami tengah berusaha untuk membaiki kerosakkan ni. Saya harap cik banyak bersabar ye,” suara itu cuba untuk menenangkan Juliana. Juliana kembali terkulai di atas lantai sambil diperhatikan Tuan Putra yang berwajah selamba. Dia mula menepuk-nepuk dahi sambil bibirnya mengomel panjang. Habis saja mengomel, dia menarik nafas yang agak panjang. Tuan Putra yang masih memerhatikan Juliana yang sudah berdiam diri terus duduk dihadapannya. Diperhatikan Juliana yang berwajah murung dan kecewa. Fail biru berbunga yang ada ditepi Juliana diambil dan dilihat. Dia mengangguk berulang kali.
Juliana yang terperanjat melihat failnya diambil lelaki yang tidak dikenali, cuba untuk mengambilnya semula. Tetapi dihalang Tuan Putra dengan tangannya yang menepis. Juliana bengang melihat sikap lelaki itu.
“Bagi balik fail saya. Suka hati saja baca fail orang!” marah Juliana.
“Juliana binti Saad...kerja yang dipohon, setiausaha...ooo, nak jadi setiausaha lah ni,” Tuan Putra mengangguk-angguk lagi sambil membelek borang dan sijil-sijil yang ada di dalam fail.
“Pengalaman, tiada!” Tuan Putra memandang tepat ke muka Juliana. Juliana terkesima, dia mula mengalihkan pandangannya dari memandang lelaki yang ada di depannya. Hatinya mula berdegup kencang. Kenapa dengan aku ni? Bisik hatinya pula.
“Berapa umur Cik Juliana ni?” soal Tuan Putra.
“Siapa awak nak tahu!” Juliana sengaja meninggikan suara.
“Ooo, 26...okey,”Juliana mula tidak senang dengan situasi itu. Tudung yang tidak berapa kemas dibetul-betulkan dengan agak gementar. Dia sudah mula tidak senang duduk. Terasa seperti dirinya sedang ditemuduga pula. Matanya sempat menjeling Tuan Putra yang masih membelek failnya. Dia mengakui, ada perasaan pada lelaki itu, tetapi apa maksud perasaannya itu. Dia menggeleng perlahan.
“Selama habis belajar ni, Cik Juliana buat apa?”Tuan Putra menyoal.
“Kerja.”
“Kerja apa?” tanya Tuan Putra lagi.
“Kerani,”jawab Juliana pendek.
“Mengapa tidak berkerja sebagai setiausaha?”
“Tak ada peluang,”keras sahaja jawapan Juliana. Hilang terus rasa takut dan gemantarnya ketika itu. dia sendiri tidak tahu, mengapa dia menjadi begitu tegas sekali. Mungkinkah kerana dia marah dengan apa yang dilakukan oleh lelaki itu kepadanya. Itu dia sendiri tidak pasti.
Agak lama juga mereka berada di dalam lif itu. fail biru Juliana sudah kembali ke sisinya, kini mereka berdua hanya berdiam diri. Tiada sebarang perbualan, tiada sebarang kata. Mereka hanya melayan perasaan sendiri. Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengahari. Perut Juliana sudah mula berasa lapar. Ada bunyi keroncong yang kedengaran. Dia kini mula menjadi kurang senang dan selesa. Jika dikira pada masa, rasanya sudah hampir 3 jam dia berada di dalam lif bersama lelaki itu. Dia sudah mula berasa bosan yang amat sangat.
“Apa kata kita berbual,” Tuan putra memulakan bicara setelah sejam berdiam diri.
“Tak ada apa yang nak dibualkan,” rengus Juliana sendiri.
“Tak elok gadis cantik seperti awak terus marah-marah,”
Cantik, dia kata aku cantik, hatinya sedikit tersentuh. Sedang dia asyik terdiam, lif kembali bergegar semula dan nombor lif mula bergerak seperti biasa. Mereka sama-sama tersenyum. Sampai saja di tingkat 12, Tuan Putra keluar dahulu. Diikuti Juliana yang membontoti lelaki itu dari belakang. Sedang mereka berjalan bersama, Tuan Putra berhenti dan menoleh. Juliana juga terhenti dari langkahnya, dia memandang lelaki itu dengan wajah yang hairan.
“Saya rasa, baik awak pulang dulu,” Tuan Putra berkata selamba.
“Haah!” Juliana hairan.
“Awak dah diterima kerja,” Tuan Putra kembali memandang ke depan, langkahnya kembali diatur, sementara Juliana terkebil-kebil melihat Tuan Putra yang berada di depannya.
“Err...eh, apahal pulak ni,apa pulak yang mamat ni mengarut ni” Juliana pelik. Dia masih lagi melangkah mengikuti Tuan Putra. Sekali lagi Tuan Putra menoleh kerana merasakan Juliana tetap juga mengikutinya dari belakang. Dia tegak memandang.
“Kan saya kata awak dah diterima kerja,”Tuan Putra berkata lagi.
“Tapi...awak ni siapa, suka hati nak bagi saya kerja,” Juliana hairan, “Saya nak jumpa, Tuan Putra Zainal,dia yang sepatutnya bagi saya kerja, bukan awak,”Juliana menjeling tajam ke arah Tuan putra.
“Ohh,awak nak jumpa Tuan Putra Zainal...okey,silalah,”  Tuan Putra membuka pintu automatik yang ada di depannya. Dia mempersilakan Juliana untuk masuk. Juliana yang berjalan agak perlahan terus masuk ke dalam Syarikat Putra Holdings. Matanya bulat memandang persekitaran pejabat yang cukup mewah itu, mulutnya sedikit terlopong.
“Selamat tengahari, Tuan putra,” Aliya bangun ketika melihat Tuan Putra masuk bersama Juliana. Juliana yang sedikit terperanjat mendengar nama yang disebutkan Aliya, mula memandang lelaki itu dengan wajah yang agak ragu-ragu. Tuan Putra masih juga tidak berkata apa, dia selamba melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat. Hampir kesemua pekerja yang ada di dalam pejabat itu mengucapkan selamat kepada Tuan Putra. Tuan Putra hanya mengangguk perlahan sambil tersenyum nipis. Semua mata memandang Juliana yang membontoti Tuan Putra semenjak tadi. Mereka kelihatan hairan.
“Siapa tu?” tanya Natasha kepada Rehan.
“Entah, setiausaha baru tuan kut. Aku dengar dia ada nak hire secretary baru,” Rehan juga masih memandang Juliana yang pada fikirannya cantik dan ayu.
Ketika langkah terhenti di depan pintu pejabat yang besar itu. Juliana memandang plat nama yang tertera di muka pintu. Tuan Putra Zainal bin Putra Hadi, dia menelan liur. Wajahnya kembali berpeluh. Betul ke apa yang aku fikir ni? Bisik hatinya sendiri.Tuan Putra melangkah masuk lalu meletakkan briefcasenya di atas meja. Dia memandang Juliana yang masih tercegat di luar pintu. Dilihatnya, Juliana seakan kaku, tidak terkata apa. Hatinya tertawa.
“Ada apa-apa masalah ke, Cik Juliana?” Tuan putra bertanya dengan senyum yang melebar. Perasaan malu bercampur takut sudah meresapi seluruh ruang wajah Juliana. Dia rasa seperti ingin pengsan, tetapi dikuatkan juga jiwanya. Apa yang aku patut buat ni? Jerit hatinya.






2 comments:

  1. best la..hehe...next en3 plz :)

    ReplyDelete
  2. fyi, kalau setakat pengsan, tak perlu buat bantuan pernafasan..bantuan pernafasan hanya utk pesakit yg kena cardiac arrest aje sbb nak stimulate breathing and heart. support utk org yg pengsan is just make sure the patient still breathing, lay her down so that blood will go to the brain, and lift up the leg higher then the head. make some painful stimulation at the forehead to stimulate make her conscious.
    btw, jalan cerita yg menarik..jaga bahasa dan dialog spy tak sounds childish..nice try..do some homework..good luck! :)

    ReplyDelete