Sunday, April 3, 2011

LENSA (BAB 1)




ZAHRUL tersedar dari tidurnya. Kepalanya sakit benar kerana batang tengkuknya terasa sepeti dicucuk-cucuk. Dia perlahan-lahan menyentuh batang tengkuknya lalu perlahan-lahan dia mengurut ke atas dan kebawah. Kesakitannya masih lagi terasa, biarpun denyut tadi sudah semakin kurang. Dia yang masih bermalas-malas di atas katil terasa berat benar untuk mengangkat badan. Mungkin kerana Zahrul masih lagi mamai kerana kantuk yang tidak habis lagi.

Dia sempat memandang ke arah tepi katil. Matanya tertumpu pada jam loceng yang tepat menunjukkan jam 9 pagi, dia mengeluh berat. Terasa mahu saja dia mengambil jam itu dan melemparkan ke luar tingkap, tidak mahu lagi merasakan yang dirinya seperti dicengkam masa. Dia benci akan masa, kerana masa dirinya seperti seakan-akan hidup terumbang ambing. Tidak ke kiri malah tidak ke kanan. Apa yang ada di fikirannya kini adalah dia terpaksa mengejar masa, seperti sekarang, dia sudah lewat untuk ke pejabat. Lewat untuk mengikuti ceramah yang akan diadakan oleh pihak atasannya.

Dia tahu yang dia sengaja berbuat begitu. Dia tidak mahu pergi ke pejabat kerana dia tahu yang dia akan bertemu dengan Bakri, ketua unit dalaman yang suka bermuka-muka. Setiap kali dia bertemu Bakri pasti dia merasakan yang Bakri akan mencebik dirinya walaupun yang terukir di bibir lelaki itu hanyalah senyuman. Dia berprasangka kerana dia merasakan itu benar. Apa gunanya jika kita suka bermuka-muka kalau diri kita dibenci. Itulah yang sering bermain difikirannya.

Jam masih lagi berdetik. Dengan tubuh yang semakin malas, Zahrul bangun mendapatkan tuala yang ada di sisi katil. Dicapainya tuala biru itu lalu disangkutkannya di bahu. Dengan langkah yang sangat perlahan, Zahrul berjalan lamabat menuju ke bilik air, dan pada ketika itu telefon bimbitnya berbunyi nyaring memainkan lagu lama. Zahrul terhenti, pantas sahaja tangannya mencapai telefon bimbit yang ada di atas katil tanpa melihat siapakah yang membuat panggilan.

“Helo, kau kat mana ni?” suara garau itu bertanya. Zahrul mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Matanya yang terasa gatal juga ditenyeh-tenyeh dengan tuala yang masih tergantung di bahu.

“Aku kat rumah lah, apasal?” jawab Zahrul.

“Apasal kau kata. Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa? Ke kau yang nak kena pukul?” suara garau itu sudah seakan mengugut.

Zahrul yang kenal benar dengan suara itu hanya tergelak kecil. Ketawa yang kedengaran malas itu dibalas dengan jerkahan dari empunya suara garau itu.

“Gelak, gelak juga. Baik kau cepat, Bakri dah bising ni, aku dah naik pening bila dia asyik tanya pasal kau,” suara garau itu menyudahkan ayatnya sebelum Zahrul mengiyakan sahaja kata-kata lelaki itu. Dia malas mahu mendengar leteran di pagi-pagi hari begini. Baginya, adalah aman kalau semua orang cuma membisu, tiada kata yang dikelurakan sehinggalah pada jam 12 tengahari, maka segala kata-kata boleh diluahkan kerana ketika itu sudah sampai waktu makan tengahari. Waktu makan dan waktu untuk bersembang. Zahrul tergelak sendiri.


KERETA dipandu dengan agak perlahan kerana pada waktu jalan agak sesak. Berderu-deru kereta yang melalui kawasan itu sehinggakan mata yang melihat juga terasa sakit sekali. Zahrul sudah semakin bosan. Perutnya juga terasa lapar.

Disebabkan dia lewat bangun pada hari ini, dia tidak sempat untuk membeli sarapan di kawasan perumahannya. Sepantas mungkin dia bersiap-siap lalu mendapatkan kameranya yang ada di dalam almari. Ditenung kamera itu agak lama sehinggakan ada satu perasaan yang melamunkan dirinya. Dia rindu untuk mengambil gambar.

Semenjak bekerja di syarikat baru ini, segala apa yang melibatkan minat dan kamera seakan terus dilupakan. Dia lebih sibuk untuk stay back di pejabat bagi menyudahkan kerja-kerja yang tertangguh. Tiada masa lagi untuk dia bermanja-manja dengan kamera kesayangannya itu. Kamera itu hanya disimpan di dalam almari bagi mengelak dari terkena habuk. Sesekali ada juga dia berlagak membuat aksi mengambil gambar, tetapi picunya tidak dipicit kerana dia sedar yang tiada gambar yang akan terakam melainkan gelap semata.

Hon yang kuat kedengaran dari arah belakang. Zahrul yang tadi leka melamun tersedar lantas pantas menggerakkan keretanya. Jantungnya masih berdegup laju kerana bunyi hon yang kuat.

“ Kenapa kau lambat?” Ruslan temannya yang bersuara garau bertanya. Zahrul hanya tersengih. Dia tahu yang temannya itu masih menggelabah menunggu kedatangannya.

“Kenapa, Bakri sumpah kau lagi ke?” ada ketawa kecil yang kedengaran di situ.

“Kau jangan main-main Rul. Kau sendiri tahu dia macam mana...”

“Macam apa, macam orang gila?” saja Zahrul berkata begitu.

“Eh, bukanlah macam tu, tapi dah macam talam. Sekali dia buka mulut, boleh kena pecat kita,” suara Ruslan masih lagi peerlahan.

“Arghh..aku tak heranlah dengan kerja macam ni, jadi kuli. Kau suka?” Zahrul mencebik bibir.

“Kau bolehlah cakap macam tu sebab kau tak kahwin lagi. Cuba aku, bini lagi, anak-anak lagi..” Ruslan membebel panjang. Namun bebelan itu hanya dibiarkan berlalu di telinga Zahrul. Dia sudah masak benar dengan perangai Ruslan yang penakut. Segala apa yang disuruh oleh Bakri semuanya diturutinya tanpa ada bantahan. Sekali dia melihat seperti Ruslan dicucuk hidung. Tetapi dia tahu Ruslan tidak mahu begitu, Ruslan juga mahu bebas seperti pekerja-pekerja di tingkat yang lain, namun Ruslan tidak mampu. Ruslan masih ada tanggungngan yang harus difikir.

“Haah kamu, masuk..” Bakri yang tiba-tiba muncul di muka pintu mengarahkan Zahrul masuk ke biliknya. Zahrul tanpa berkata apa terus melangkah laju masuk ke bilik yang sederhana besar itu.

Dilihatnya Bakri sudah duduk di kerusinya manakala Zahrul masih lagi berdiri dengan muka yang selamba. Bakri yang seakan tidak puas hati dengan Zahrul memandang pemuda itu dari atas ke bawah. Zahrul langsung tidak berkata apa, dia cuma berdiam sambil membiarkan pasang mata itu menjamah seluruh tubuhnya.

“Saya dengar awak pandai mengambil gambar?” Bakri bersuara setelah agak lama berdiam dan membirakan zahrul terpacak di depan meja. Zahrul cuma mengangguk bila ditanyakan soalan itu.

“Gambar apa yang pernah awak ambil?” ketika itulah Zahrul mula berasa hairan. Mengapa Bakri cuba menanyakan soalan-soalan yang seperti itu kepadanya. Lebihan pula dari mana Bakri tahu yang dia suka mengambil gambar, fikir Zahrul sendiri.
“Gambar pemandangan, orang, haiwan...” jawapa Zahrul terhenti di situ bila Bakri mengangkat tangannya meminta dia berhenti dari terus menjawab.

“Pernah ambil gambar perempuan?” Bakri menanyakan soalan yang pelik lagi. Perempuan, apakah maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh Bakri yang sebenarnya, dia semakin agak keliru.

Zahrul menggangguk bila mengingat kembali yang dia pernah mengambil gambar adik perempuannya semasa pesta konvokesyen 2 tahun yang lalu.

“Kalau begitu saya ada tugas untuk awak,” Bakri memasuki bicara yang sebenar. Zahrul yang masih setia berdiri tidak mengangguk atau apa saja. Dia cuma diam.
“Besok awak datang ke alamat ini,” Bakri menghulurkan sekeping kad bisnes kepadanya. Zahrul mengambilnya tanpa ada soal. Dia melirik nama yang ada di atas kad bisnes itu, Tuan Haji Hashim bin Haji Dahlan berserta alamat pejabat dan kediaman. Dia cuba untuk memikirkan apa yang akan berlaku setelah dia berjumpa dengan orang yang ada di dalam kad itu, dan apa kaitannya orang itu dengan kamera dan perempuan yang dikatakan oleh Bakri sebentar tadi.

“Esok awak pergi berjumpa dengan orang ini, jam 2 petang. Jangan lewat.”

“Siapa orang ini, apa kaitannya dengan kerja saya?” gatal saja mulutnya untuk bertanya. Bakri menjeling. Dia tidak sangka yang Zahrul akan bertanya begitu.

“Awak pergi saja kalau awak mahu kerja awak yang ini selamat. Pergi! Pergi!” Bakri seakan mengusirnya dari bilik itu. Zahrul yang masih tidak memperoleh jawapan terus keluar tanpa ada soalan yang lain.

Ruslan yang masih menunggu Zahrul di mejanya terbangun setelah melihat Zahrul muncul di muka pintu.

“Apahal tadi tu?”

“Ntah,”Zahrul sengaja tidak mahu menjawab. Di fikirannya kini hanya terdetik satu perasaan yang seakan kurang enak.






7 comments:

  1. salam...

    banyak nilai2 moral yg dapat didapati dalam kisah ini.. sikap Zahrul yang mempelekah2 menguatkan plot cerita ini..

    syabs puan..

    ReplyDelete
  2. ???

    Bukan tak faham. Cuma...

    Tidak mengapalah. Nanti menangis pula. Ok. Tahniah (walaupun belum tamat).

    ReplyDelete
  3. fulamak, anda dah berjaya wat e-novel..

    tahniah...

    ReplyDelete
  4. nantilah...baru bab 1...apadaaaaa meon..

    thanks cik SR...ko jugak agie..

    ReplyDelete
  5. ok ni.. sebab pengakhiran dia ada meninggalkan klimaks.. utk orang baca seterusnya.. hehe.. gud job ct..

    ReplyDelete
  6. perghh... penceritaan hebat.. tak sabar tunggu bab2.. inform er..

    asal zahrul pemalas sangat tu? minat dia dengan minat saya sama... like photography.. rasanya lepas ni dia kena tangkap potret anak Haji hashim kot.. kot..kot je..

    ReplyDelete